Derma

Pihak Masjid Ar Rahimah mengalu-alukan sumbangan/derma ikhlas daripada ahli jamaah masjid ini atau dari pihak luar qariah yang ingin membuat sumbangan ikhlas untuk masjid menjalankan kegiatan kegamaan serta untuk pembangunan masjid.

Sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara di atas bolehlah berhubung dengan Nazir- Dr Hamzah b. Jaafar 019 380273,  Setiausaha – Hj Rahmat bin Misran, hp 013 6742 163, Bendahari – Tn. Hj Nik Azmi  bin Hj Yaacob hp 012 2771 759  atau mana-mana AJK Masjid.

Atau

Tuan/puan boleh hadir ke Pejabat masjid bagi menyampaikan sumbangan tersebut.

Pihak AJK masjid mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sumbangan/derma tuan/puan bagi mengimarahkan lagi aktiviti masjid.

Sumbangan tuan/puan akan digunakan bagi pembangunan masjid, bayaran sagu hati penceramah pengajian di Masjid, bayaran api dan letrik, bayaran sagu hati pegawai masjid dan lain-lain program dakawah di peringkat masjid.

Adalah dimaklumkan setiap hari jumaat Tabung derma bergerak di edarkan kepada ahli jamaah. Tuan bolehlah menedrma melalui tabung tersebut. Tuan juga diminta menggerakkan tabung yang disediakan kepada ahli jemaah yang bersebelahan. Kerjasama ahli jamaah sanagt di harapkan menggerakkaantabung tersebut,  kerana tanpa menggerakkan tabung tersebut sumbangan dari jamaah  tidak dapat disampaikan kepada pihak Masjid.

Sekian. Terima kasih.

Firman Allah SWT,

“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihini orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya”.

- (Al-baqarah: 215)