Tentang Masjid

Masjid Ar-Rahimah terletak di Jalan 14,  Taman Greenwood berdekatan Lebuh Raya Karak & DUKE (Duta Ulu Klang Expressway).

Masjid ini ditadbirkan oleh satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tuan Nazir, Timbalan Nazir, Setiausaha, Bendahari serta AJK yang dilantik oleh pihak JAIS dan mempunyai pegawai/kakitangan masjid yang terdiri dari 3 Imam, 3 Bilal dan 3 orang siak yang bertugas mengikut giliran sebaagimana yang disediakan dalam Jadual bertugas harian mereka yang juga dilantik oleh pihak JAIS.

Sebelum terbinanya Masjid yang ada sekarang, penduduk di Taman Greenwood dan sekitarnya bersolat Jumaat di Masjid Simpang Tiga. Pada awal tahun 70 an, sebuah surau bangunan kayu teleh dibina di tapak sekolah KAFA sekarang untuk solat jemaah dan telah digunakan untuk sekolah KAFA apabila Masjid baru didirikan. Akhirnya bangunan lama ini di robohkan untuk pembinaan Sekolah Rendah Agama (I) Ar Rahimah, yang ada sekarang.

Batu asas Masjid telah diletakkan pada 24 Mei 1987 bersamaan 27 Ramadhan 1407. Pembinaan Masjid Ar-Rahimah telah dimulakan pada 6 Julai 1987. DYMM Sultan Selangor Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah sudi merasmikan Masjid ini pada,  2 Jun 1989 bersamaan 8 Zulhijjah 1411.

Masjid Ar Rahimah ini telah mula digunakan pada 12 Julai 1989.

Masjid ini telah dari masa ke semasa diubahsuai dimana pada tahun 90an tandas baru di bina bersebelahan dengan masjid. Pada asalnya tandas dan bilik wudhu’ berada di bahagain belakang masjid. Bahagin tersebut telah dijadikan bilik mesyarat dan pejabat. Begitu juga bilik dapur/masak dan bilik pengurusan mayat juga dibina bagi memberi kemudahan urusan jausan jenazah.

Pada tahun 2008 pihak masjid telah memasang penghawa dingin (air con) pada dewan solat yang mula digunakan pada bulan ramadhan tahun tersebut.

Seterusnya tambahan ruang solat juga dibuat dalam tahun 2009 sebagai tambahan di bahagain belakang ruang masuk ke masjid. Dengan tambahan ruang solat yang baru ini memberi kelapangan kepada lebih ramai lagi jemaah bersolat khususnya pada hari jumaat dan solat Sunat Hari Raya Puasa dan Qurban.

Pihak Jawatankuasa masjid mengadakan mesyuaratnya secara berkala/bulanan bagi meneyalas serta membincangkan perancangan serta aktiviti Masjid. Berbagai aktivit masjid diadakan antara lain Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh, majlis Forum, Kurus Haji , Majlis Perayaan kebesaran seperti Mauludir Rasul, Jamuan Hari raya, israk dan Mikraj dll.

Mesyuarat Agung Tahunan Masjid juga diadakan bagi membentangkan laporan aktiviti dan Akaun kewangan Masjid.

Pada 27 November 2010 yang lalu, pihak masjid telah menerima sumbangan sebuah Van jenazah yang didermakan oleh Bank Rakyat Cawangan Sungai Buloh. Van ini akan dapat digunakan bagi kemudahan pengakutan dan urusan jenazah khusunya bagi ahli akhirat kematian Masjid ini.

Sementara itu pihak masjid sentiasa merancangkan bagi membaiki serta menambahkan lagi kemudahan fizikal masjid ini dari masa ke semasa khususnya menyelenggara mana-mana bahagian masjid yang kurang selesa dan mengalami kerosakan. Oleh itu Tabung Khas bagi pembangunan masjid ini disediakan bagi mendapat sumbangan dari ahli qariah dan sesiapa juga yang ingin menderma bagi tujuan pembangunan masjid ini. Di samping itu cadangan serta sumbangan buah fikiran dari pihak yang boleh menyumbang ke arah kebaikan masjid ini sentiasa dialu-alukan.

Surau-surau di bawah kelolaan Masjid ini adaah seperti berikut

  1. Surau Darul Falah, Taman Berjaya
  2. Surau Ar-Rasyidin, Taman Gombak
  3. Surau Al-Husna, Taman Selaseh Fasa 1
  4. Surau Darul Muhajirin, Taman Selasseh Fasa 2
  5. Surau Al-Ihsan, Desa Minang
  6. Surau Al-Ikhwan, Taman Samudera
  7. Surau Al-Ehsan, Flat Samudera
  8. Surau Al-Ehsan, Casmaria